PASAR MALAM

KT WALK


Pasar Malam KT Walk yang akan beroperasi setiap Jumaat malam berada di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu di Jalan Ismail, Kuala Terengganu 
Mula di buka kepada orang ramai bermula jam 3 petang bagi memudahkan peniaga membuat persiapan tempat sebelum perniagaan bermula dari jam 5.00 petang dan berakhir jam 12.00 tengah malam.
Kawasan yang terlibat sepanjang 500 meter dari bangunan Menara PMINT sehingga Tabung Haji. Seramai 100 peniaga tempatan akan terlibat menjual produk seperti makanan tradisional Terengganu, produk asas tani, pakaian, barangan cenderahati dan kraftangan.
Jumlah peniaga akan ditambah dan tempoh perniagaan dilanjutkan sehingga jam 3.00 pagi jika mendapat sambutan, Pada masa sama lokasi akan diperluaskan bermula jalan berdekatan Hotel Seri Malaysia sehingga Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah.
apa yang anda boleh dapat di sini pelbagai kelainan ditampilkan, termasuk mempelawa pengusaha nasi dagang, keropok lekor, satar dan `otok-otok’ berniaga di lokasi sama.. anda pasti menggemarinya kerana tidak perlu mencari lokasi lain untuk makan atau minum dengan harga berpatutan.
Aktiviti dan persembahan kebudayaan turut dianjurkan antaranya tarian tradisional Terengganu; malam kesenian islam; demontrasi silap mata, ayam serama, canting batik dan sukan mini marathon, street Soccer dan pelbagai lagi persembahan pada setiap hujung minggu yang pasti memberi suatu kelainan pada KT Walk ini.

0 comments:

Post a Comment